LAPORAN
KAJIAN TINDAKAN DALAM BILIK DARJAH
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran
yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada
bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang
psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Memang tidak dapat
disangkal bahawa pelbagai teknik boleh digunakan oleh seseorang guru itu ketika
mereka mengajarkan satu-satu mata pelajaran. Walaupun demikian, harus diingat
bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk
semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik
yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur dan berdasarkan
kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan.
Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan
digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.
Pada umumnya, terdapat pelbagai teknik
pengajaran bahasa yang boleh diaplikasikan atau digunakan oleh guru dalam
pengajaran bahasa. Seorang guru itu hendaklah bijak menyesuaikan teknik-teknik
tersebut dengan topik pelajaran yang akan diajarkan. Antaranya ialah:
Teknik Imlak Teknik
Bacaan Nyaring
Teknik Kloz Teknik Bercerita
Teknik Simulasi Teknik Soal Jawab
Teknik Perbincangan Teknik Kuiz
Teknik Korus Teknik Bermain
Teknik Ceramah Teknik Penerangan
Teknik Sumbangsaran (Brainstorming) Teknik Tunjuk Cara
Teknik Penyelesaian Masalah Teknik Perbahasan
Teknik Kloz Teknik Bercerita
Teknik Simulasi Teknik Soal Jawab
Teknik Perbincangan Teknik Kuiz
Teknik Korus Teknik Bermain
Teknik Ceramah Teknik Penerangan
Teknik Sumbangsaran (Brainstorming) Teknik Tunjuk Cara
Teknik Penyelesaian Masalah Teknik Perbahasan
Pendidikan Bahasa Melayu
di sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah antara lain bertujuan
untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan
analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan
rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Pemikiran kritis, analitis dan kreatif perlu ditanamkan
dan disuburkan di kalangan pelajar secara sedar dan terancang oleh guru-guru
Bahasa Melayu.
Perubahan kurikulum Bahasa Melayu adalah
usaha wajar untuk memenuhi peranan baru mata pelajaran ini. Perubahan tersebut
telah melibatkan perubahan kandungan, pendekatan dan kaedah penyebarannya.
Namun begitu, di kalangan guru Bahasa Melayu, perubahan ini ditanggapi sebagai
perubahan kandungan sahaja, sedangkan aspek pendekatan dan kaedah penyebarannya
kurang mendapat perhatian mereka.
Berdasarkan
pemerhatian dan laporan status Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, guru–guru Bahasa Melayu belum
menerapkan unsur KBKK secara sedar dan terancang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin pernah menganjurkan agar
pengajaran guru memberi tumpuan yang lebih kepada perkembangan dan pertumbuhan
minda supaya dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga
mampu berfikir dan memberi sumbangan secara kreatif dan inovatif. Pandangan
tersebut didorong oleh rasa tidak puas hati beliau ke atas fenomena yang
berlaku dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, di mana menurut beliau, pengajaran guru
sekadar memindahkan maklumat daripada sumber pengajaran kepada pelajar, tanpa
memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir.
Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu,
kecenderungan guru untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah mempengaruhi corak pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Implikasinya, wujudlah pengajaran
yang amat terikat kepada bahan dan kaedah menjawab soalan peperiksaan. Malah
perkembangan langkah-langkah pengajaran adalah bercirikan format soalan peperiksaan.
Berdasarkan
pemerhatian sebagai Ketua Panitia Bahasa
Melayu, pada umumnya pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah masih belum
menampakkan hala tuju yang jelas ke arah pembentukan pemikiran kritis, analitis
dan kreatif di kalangan pelajar. Namun begitu telah wujud pengajaran yang
mempunyai ciri-ciri peningkatan pemikiran atau intelek pelajar di kalangan guru
Bahasa Melayu. Kehadiran ciri-ciri peningkatan intelek dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bukanlah merupakan suatu tindakan hasil daripada perancangan
secara sedar di kalangan guru Bahasa Melayu. Tegasnya unsur-unsur tersebut
lebih merupakan aktiviti tempelan dan bersifat sampingan.
Dalam usaha melengkapkan guru Bahasa Melayu
dengan pengetahuan tentang penerapan unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam
pengajaran Bahasa Melayu, maka perlulah diketahui sejauh mana dan dalam bentuk
yang bagaimana unsur-unsur tersebut telah sedia hadir dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua peringkat sekolah.
Rajah 1:Kerangka Konsep
![]() |
Peringkat
penilaian, para pelapor akan membentangkan idea di depan kelas. Selain itu,
guru akan membimbing murid-murid untuk penilaian dan rumusan. Akhir sekali,
murid-murid akan mencatat pendapat yang telah dipersetujui.
Berdasarkan kerangka konsep ini maka
kita akan dapat melihat perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan kepada murid-murid oleh seorang pendidik. Selain itu, guru
merupakan penggerak dan pendorong kepada pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, peranan guru bukan setakat itu sahaja tetapi menjadi pembimbing
kepada murid-murid. Peranan guru akan berterusan melalui pemupukan semangat dan
pembentuk sahsiah murid-murid. Memang bukan mudah menjadi seorang pendidik. Ini
kerana pendidik akan menjadi contoh atau model kepada murid-murid. Janganlah
kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. Kita haruslah menjadi seperti
kasturi dan matahari yang memberi wangian dan cahaya kepada diri sendiri dan
juga orang lain.
Selain itu, kajian ini dilakukan untuk
menyediakan atau membekalkan atau memberikan kepada pengamal pendidikan dengan
ilmu pengetahuan yang baru dan pemahaman untuk membolehkan mereka membaiki dan
menambah baik amalan pengajaran mereka ataupun menyelesaikan masalah yang wujud
di dalam bilik darjah dan juga sekolah. Guru perlu membuat kajian tindakan
sebagai satu usaha. Kajian tindakan memerlukan guru bertindak sebagai
penyelidik yang mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan
keberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan
bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid,
latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan
dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah
yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan
masalah itu perlu ditanganinya sendiri dengan membuat pengubahsuaian terhadap
amalan Pengajaran dan Pembelajarannya.
Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan
guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru tidak lagi hanya
menjadi pengguna teori atau ilmu yang dikemukakan oleh orang lain, bahkan
dirinya berupaya merintis jalan bagi membina dan mencipta satu teori baru dalam
menangani pelbagai masalah Pengajaran dan Pembelajarannya. Selain itu, dalam
kajian tindakan, guru akan menjadi ketua bagi dirinya dalam mengawal dan
menyusun proses kajiannya dan tidak memerlukan kepada arahan orang lain. Dengan
itu, guru akan menjadi lebih kreatif dan kritis dalam membuat penyelesaian
sesuatu masalah. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada
percambahan idea dalam bidang yang dikaji.
Kita perlu cepat menangani masalah ini
agar murid-murid yang kita ajar tidak
terlepas pandang yang mana akan menyebabkan keciciran. Kini, pihak kerajaan
amat mengambil berat akan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Pelbagai
program telah diwujudkan termasuklah Program LINUS yang membasmi masalah
murid-murid yang tidak tahu membaca, menulis, mengira dan paling penting KSSR
menambah satu lagi kemahiran iaitu menaakul. Kerajaan mahukan generasi akan
datang adalah dalam kalangan yang bukan setakat bijak dari segi inteleknya
tetapi juga bersih dan sihat jiwa,raga dan mentalnya.
Kerajaan bukan setakat memandang serius
terhadap pengajaran dan pembelajaran murid tetapi juga kebajikan guru-guru
dalam melaksanakan pengajaran maka wujudlah Program PLC yang mana memberi
penegasan dalam pembinaan Rancangan Pengajaran Harian yang lebih terrancang dan
satifikasi. Semua ini dilakukan untuk memberikan bantuan kepada guru-guru yang
ketandusan idea untuk mewujudkan perancangan yang bersesuaian dengan kemahiran
murid-murid.
Banyak
teknik yang dapat dipergunakan guru untuk meningkatkan motivasi murid dalam
belajar. Guru hendaknya selalu ingat betapa pentingnya
memberikan alasan-alasan kepada pelajar mengapa mereka harus belajar dengan
sungguh-sungguh dan berusaha untuk berprestasi sebaik-baiknya. Guru juga perlu
menjelaskan kepada pelajar-pelajar apa yang diharapkan dari mereka selama dan
sesudah proses belajar berlangsung. Lebih jauh, guru perlu mengusahakan agar
pelajar-pelajar mengetahui tujuan jangka pendek dari pelajaran yang sedang
diikutinya.
Ingatlah bahawa ada cara-cara yang
berkesan dan ada pula cara-cara yang tidak berkesan dalam memberikan
penghargaan untuk meningkatkan kegiatan belajar, sikap terhadap belajar dan
sikap terhadap diri sendiri murid, tetapi jangan lupa bahawa untuk
pelajar-pelajar tertentu mungkin dapat merosak motivasi belajar mereka. Oleh kerana
itu, anda sebagai guru harus berhati-hati dalam melaksanakan ujian dan
memberikan angka atau markah kepada pelajar.
Guru melakukan sesuatu yang menimbulkan
kekaguman kepada pelajar untuk merangsang perasaan ingin tahunya. Memang baik
sekali untuk menimbulkan minat belajar, jika sekali-sekala guru memberikan
aktiviti dengan memperkenalkan sesuatu yang baru bagi para pelajar. Berilah
pelajar-pelajar kesempatan untuk mendapatkan penghargaan. Jadikan jangka masa
belajar awal (permulaan) menjadi lebih mudah bagi pelajar dan usahakan agar
semua pelajar mendapat kesempatan untuk merasa sukses.
Tingkatkan motivasi pelajar dengan merangsang
perasaan ingin tahu dengan cara memperkenalkan contoh-contoh yang khas dalam
menerapkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip. Doronglah pelajar untuk
mempergunakan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman yang telah mereka
pelajari dari bahan pelajaran sebelumnya untuk mempelajari bahan-bahan yang
baru. Cubalah masukan unsur permainan dalam proses belajar untuk menarik minat
dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap bahan yang dipelajari. Doronglah
pelajar anda untuk melaksanakan usaha-usaha penemuan atau berbagai percubaan
(penyelidikan) untuk menemukan sesuatu yang belum pernah ada.
Guru haruslah berusaha untuk sedapat mungkin
mengurangi persaingan di antara pelajar-pelajar dalam meningkatkan motivasi
untuk mencapai prestasi akademik. Jauhilah perkara-perkara atau
kejadian-kejadian yang dapat menimbulkan keengganan murid untuk belajar, sama
ada yang merupakan ketidak-selesaan secara fizikal mahupun yang menyebabkan
hilangnya harga diri pelajar. Jangan ada keinginan guru untuk menghukum pelajar
dengan maksud agar pelajar akan belajar, tetapi sebaliknya berilah mereka
penghargaan. Terakhir yang patut diperhatikan oleh guru dalam meningkatkan
motivasi pelajar adalah bahawa guru hendaknya peka terhadap suasana atau iklim
sosial sekolah dan benar-benar memahami bagaimana pengaruh iklim sosial itu
terhadap nilai-nilai yang dipegang oleh para pelajar.
Guru hendaklah berhati-hati terhadap apa yang
sedang berlangsung di dalam kelasnya dan mencuba merasakan apabila mengajar
sesuatu topik dengan cara tertentu. Buatlah kumpulan pengalaman mengajar anda
untuk dijadikan cermin dalam mengadakan perbaikan-perbaikan. Janganlah takut
melakukan berbagai percubaan untuk menemukan cara yang terbaik dalam mengajar.
Oleh kerana itu anda harus yakin akan pentingnya belajar melalui pengalaman.
Jika suatu cara yang anda lakukan berjalan lancar, lakukan lagi tetapi jika
cara itu tidak atau sedikit sekali memotivasi murid dalam belajar, tinggalkan
cara itu. Mengajar adalah suatu proses yang menuntut perbaikan secara cermat
dan terus-menerus.
Kesimpulan, pengajaran yang dilaksanakan guru mestilah dengan hati
yang terbuka demi anak bangsa kita. Kalau tidak terjadilah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang tidak lebih
daripada satu proses memberikan ilmu secara melepaskan batuk di tangga
sahaja. Kita tidak perlu hairan jikalau selepas 55 tahun negara kita
merdeka, masih banyak murid yang tidak mampu untuk menguasai bahasa Melayu
dengan betul. Sepatutnya setiap guru Bahasa
Melayu yang bertanggungjawab harus rasa bimbang dengan sikap acuh tidak acuh
mereka selama ini terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di bilik
darjah kerana kerja sebegini akan terus merencatkan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
memartabatkan bahasa Melayu di sekolah.
Sudah sampai masanya guru bahasa Melayu
merencanakan sendiri usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini dengan lebih
cekap. Jadikanlah harsat Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai asas motivasi
kita untuk mendidik anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, emosi, fizikal dan jasmani. Bagaimana kita inginkan anak
kita berjaya bila besar nanti, begitulah juga harsat kerajaan kita mengharapkan
generasi muda kita hari ini dapat membangunkan Negara dan memartabatkan bangsa
dan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebagsaan Negara di masa hadapan.
Assalamualaikum cikgu..
BalasPadamLaporan kajian tindakan di dalam bilik darjah begitu jelas untuk dijadikan rujukan.
Syabas cikgu....