Ahad, 25 November 2012

RPH Makro Pengajaran



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENGAJARAN MAKRO

Mata Pelajaran            :      Bahasa Melayu
Tahun                           :      5 Amanah
Bilangan Murid           :      15 orang
Tema                            :      Sukan Dan Kesihatan.
Tajuk                            :      Kesihatan Asas Kesejahteraan.
Tarikh                           :      05.11.2012
Masa                             :      30 minit.

Objektif                        :      Pada akhir pelajaran murid dapat;
       i.     Murid dapat membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan
       ii.     Murid dapat mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topic yang dibincangkan.

Hasil Pembelajaran    :      3.1 Aras 1
                                             (i)    Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan.
                                             6.3 Aras 1
                                             (i)    Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

Kemahiran Bahasa     :      Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

SistemBahasa             :      Sistem ejaan, penanda wacana, sebutan dan intonasi, kosa kata.

Ilmu                              :      PJPK, Sains.

Nilai Murni                   :      Kebersihan fizikal dan mental, rasional.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :

Kemahiran Berfikir     :      Mengelaskan, menjana idea, membanding dan membeza, menghubungkait.

Kemahiran Belajar      :      Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

KecerdasanPelbagai       :      Interpersonal, Kontekstual, PendidikanMuzik, Kemahiran Belajar Cara Belajar.

Pengetahuan Sedia Ada   :    Murid dapat menceritakan jenis-jenis makan yang berkhasiat dan aktiviti riadah yang patut dilakukan untuk menjamin tahap keihatan yang baik dan memuaskan.

Bahan Bantu Belajar       :      Gambar, Buku teks, Borang pengurusan graf







Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

Murid ditayangkan gambar yang berkaitan dengan jenis-jenis makanan dan aktiviti riadah.

i)     Murid diminta untuk melihat gambar yang dipamerkan oleh guru dan menghayatinya.
ii)    Guru dan murid bersoaljawab tentang makanan kegemaran mereka.
iii)   Guru dan murid bersoaljawab tentang aktiviti riadah yang mereka gemari.
iv)  Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari itu

Kemahiran Berfikir
Menghubungkait



Langkah 1 ( 10minit )

Murid membaca dan mengecam isi-isi penting daripada petikan

i)     Murid diarahkan membaca petikan semula secara senyap untuk mencari isi-isi penting.
ii)    Murid membentangkan isi penting  yang diperoleh di dalam kelas.


Kemahiran Belajar
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Langkah 2 (10minit )

Mengelaskan maklumat
(LembaranKerja)


i)     Murid mengelaskan tentang contoh sukan mengikut jenisnya.
ii)    Guru dan murid membincangkan jawapan secara kelas.

Kemahiran Belajar
Mengelaskan.

Penutup ( 5 minit )
Rumusan isi pelajaran dan Nilai murni

Guru dan murid merumus isi pelajaran dan nilai murni yang terdapat dalam pelajaran yang telah dipelajari.


Kemahiran Berfikir
Merumus.

DISEDIAKAN OLEH     : 
NAMA                    :      AMINAH BTE HJ. AG.ALAK
NO.MATRIK          :      D20112056138
NO.I/C                   :      741109-12-5500


REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO


Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara murid-muridnya belajar. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih berkesan.

Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan prestasi akademik murid. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada lelaki.


Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengetahui bagaimana murid-muridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran mereka. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengajar murid-muridnya pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya pembelajaran mereka masing-masing.

Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya. Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.


Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat yang pendek. Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar secara berterusan. Jesteru, penyusunan jadual waktu induk perlu diberi perhatian dan minta dicadangkan supaya masa pengajaran dan pembelajaran semua subjek teras ditetapkan kepada dua atau tiga waktu sehari. Ini supaya dapat memberi ruang dan masa yang cukup untuk proses murid berfikir dengan lebih baik dan menahami keperluan dan kemahiran yang diajar terutama pelajar tadi.

Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea atau penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima. Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.

Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan menonjolkan idea-idea yang asli. Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih sesuai digunakan dalam bidang bahasa serta humanistik. Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya adalah seperti yang berikut:

a)    Apakah yang menganggu saya?
b)    Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?
c)    Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?

Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di bawah:

a)    Bagaimana anda menerangkan sesuatu?
b)    Apakah yang menyebabkan sesuatu?
c)    Apakah yang penting mengenai sesuatu?

Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.
Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-cadangan berikut:

a)    Menulis dan melukis
b)    Menebuk lubang pada kertas
c)    Sebagai senjata
d)    Sebagai alat permainan

Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal atau unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif. Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Kelikatan
(Fluidity)
Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh
Kelenturan
(Flexibility)
Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah
Keaslian
(Originality)
Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik
Terperinci
(Detail)
Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci

Jadual 1 Pemikiran Divergen

Kesimpulan, keseluruhan pengajaran yang dilakukan mampu memberi kesan yang baik kepada murid lebih-lebih lagi dengan menggunakan bahan-bahan yang maujud. Jika ruang masa  ditambah menjadi dua waktu mungkin pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik minat murid seterusnya menguasai kemahiran yang disampaikan guru.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    RPH yang dipaparkan memang sesuai untuk murid-murid Tahun 5, dan penerangan yang sangat jelas dan mudah difahami.
    Tahniah....

    BalasPadam
  2. salam,
    Tahniah, satu persediaan yang bagus. Semoga menarik minat murid-murid mengikuti pengajaran pembelajaran.

    BalasPadam