RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENGAJARAN MAKRO
Mata Pelajaran :
Bahasa Melayu
Tahun :
5 Amanah
Bilangan Murid :
15 orang
Tema :
Sukan Dan Kesihatan.
Tajuk :
Kesihatan Asas Kesejahteraan.
Tarikh :
05.11.2012
Masa :
30 minit.
Objektif :
Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Murid dapat membaca dan mengecam isi-isi
penting daripada pelbagai bahan
ii. Murid dapat mengelaskan maklumat
berdasarkan sesuatu topic yang dibincangkan.
Hasil
Pembelajaran : 3.1
Aras 1
(i)
Mengelaskan maklumat berdasarkan
sesuatu topik yang dibincangkan.
6.3
Aras 1
(i) Membaca dan mengecam isi-isi penting
daripada pelbagai bahan bacaan.
Kemahiran Bahasa :
Kemahiran bertutur, menulis dan
mendengar.
SistemBahasa : Sistem ejaan,
penanda wacana, sebutan dan intonasi, kosa kata.
Ilmu :
PJPK, Sains.
Nilai Murni :
Kebersihan fizikal dan mental,
rasional.
Kemahiran Bernilai Tambah
(KBT) :
Kemahiran
Berfikir : Mengelaskan,
menjana idea, membanding dan membeza, menghubungkait.
Kemahiran
Belajar : Menerima
maklumat, memproses dan melaporkan.
KecerdasanPelbagai :
Interpersonal, Kontekstual, PendidikanMuzik,
Kemahiran Belajar Cara Belajar.
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid dapat menceritakan
jenis-jenis makan yang berkhasiat dan aktiviti riadah yang patut dilakukan
untuk menjamin tahap keihatan yang baik dan memuaskan.
Bahan Bantu Belajar :
Gambar, Buku teks, Borang pengurusan
graf
Langkah / Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi ( 5 minit
)
Murid
ditayangkan gambar yang berkaitan dengan jenis-jenis makanan dan aktiviti
riadah.
|
i) Murid diminta untuk melihat gambar
yang dipamerkan oleh guru dan menghayatinya.
ii) Guru dan murid bersoaljawab tentang
makanan kegemaran mereka.
iii) Guru dan murid bersoaljawab tentang
aktiviti riadah yang mereka gemari.
iv) Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan
tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari itu
|
Kemahiran Berfikir
Menghubungkait
|
Langkah 1 ( 10minit )
Murid
membaca dan mengecam isi-isi penting daripada petikan
|
i) Murid diarahkan membaca petikan
semula secara senyap untuk mencari isi-isi penting.
ii) Murid membentangkan isi penting yang diperoleh di dalam kelas.
|
Kemahiran Belajar
Menerima
maklumat, memproses dan melaporkan.
|
Langkah / Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Langkah 2 (10minit )
Mengelaskan
maklumat
(LembaranKerja)
|
i) Murid mengelaskan tentang contoh
sukan mengikut jenisnya.
ii) Guru dan murid membincangkan jawapan
secara kelas.
|
Kemahiran Belajar
Mengelaskan.
|
Penutup ( 5 minit )
Rumusan
isi pelajaran dan Nilai murni
|
Guru
dan murid merumus isi pelajaran dan nilai murni yang terdapat dalam pelajaran
yang telah dipelajari.
|
Kemahiran Berfikir
Merumus.
|
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : AMINAH BTE HJ. AG.ALAK
NO.MATRIK : D20112056138
NO.I/C : 741109-12-5500
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
Pengetahuan
tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih
sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid. Aspek gaya
pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru
supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara
murid-muridnya belajar. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman
pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat
belajar dengan lebih berkesan.
Sebaliknya,
jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid, ia
mungkin menjejaskan prestasi akademik murid. Guru juga perlu mengetahui bahawa
gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan mereka suka bekerja dengan
kumpulan yang berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai
gaya pembelajaran yang berlainan. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih
auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk
belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada
lelaki.
Murid-murid
yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang mempunyai
pencapaian akademik yang rendah. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru
harus mengetahui bagaimana murid-muridnya menunjukkan respon yang berlawanan
kepada persekitaran pembelajaran mereka. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran
ialah guru harus mengajar murid-muridnya pelbagai teknik-teknik kemahiran
belajar. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya
pembelajaran mereka masing-masing.
Guru
boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator
(MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Dominance
(HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya. Guru boleh menekankan
pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Waktu
pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat yang pendek.
Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar secara berterusan.
Jesteru, penyusunan jadual waktu induk perlu diberi perhatian dan minta
dicadangkan supaya masa pengajaran dan pembelajaran semua subjek teras
ditetapkan kepada dua atau tiga waktu sehari. Ini supaya dapat memberi ruang
dan masa yang cukup untuk proses murid berfikir dengan lebih baik dan menahami
keperluan dan kemahiran yang diajar terutama pelajar tadi.
Pemikiran
Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea atau
penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh
beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima. Dalam pemikiran
divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk
menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin.
Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil
supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.
Seseorang
individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan menonjolkan idea-idea
yang asli. Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan
lebih sesuai digunakan dalam bidang bahasa serta humanistik. Beberapa tajuk
kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan
pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya adalah seperti yang berikut:
a)
Apakah
yang menganggu saya?
b)
Apa
yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?
c)
Apakah
kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?
Tajuk-tajuk
pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam pengajarannya untuk
menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di bawah:
a)
Bagaimana
anda menerangkan sesuatu?
b)
Apakah
yang menyebabkan sesuatu?
c)
Apakah
yang penting mengenai sesuatu?
Maka,
untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa menggunakan
soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.
Contoh:
Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang
pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-cadangan berikut:
a)
Menulis
dan melukis
b)
Menebuk
lubang pada kertas
c)
Sebagai
senjata
d)
Sebagai
alat permainan
Contoh
di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang
logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal atau unik berasaskan
keupayaan meneroka mindanya yang kreatif. Guilford telah mengenal pasti 4 ciri
pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Kelikatan
(Fluidity)
|
Mampu memberi penjelasan
dengan mengemukakan banyak idea dan contoh
|
Kelenturan
(Flexibility)
|
Menjana pelbagai idea
dan cara bagi menyelesaikan masalah
|
Keaslian
(Originality)
|
Mampu memikirkan
idea-idea baru yang bernas dan unik
|
Terperinci
(Detail)
|
Mampu menjelaskan
idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci
|
Jadual 1 Pemikiran Divergen
Kesimpulan,
keseluruhan pengajaran yang dilakukan mampu memberi kesan yang baik kepada
murid lebih-lebih lagi dengan menggunakan bahan-bahan yang maujud. Jika ruang
masa ditambah menjadi dua waktu mungkin
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik minat murid seterusnya menguasai
kemahiran yang disampaikan guru.